Ikan Oh Ikan

Saya ingin menceritakan satu cerita ringkas kepada anda. Cerita ini bermula dengan hadirnya seekor amfibia yg sedang melompat melawati sebuah tasik. Dia melihat bahawa di tasik itu terdapat seorang nelayan sedang memancing selesa di atas botnya. Kemudian dengan pantasnya katak tersebut meluru ke arah ikan yg sedang berkeinginan untuk memakan umpan nelayan itu lantas berkata kepadanya,

Wahai ikan, kamu memakan makanan ini. Bahawasanya ini adalah umpan, jika kamu memakannya, maka kamu akan ditangkap, dibelah perut dan kamu akan dibakar lalu dimakan.

Namun, reaksi ikan tersebut bukan seperti yang diharapkan katak. Si ikan tidak mengendahkan pesanan katak dan dengan pantas dia memakan umpan tersebut. Tiba-tiba si ikan merasa dirinya direntap utk naik ke permukaan air.

Akhirnya, baru dia akui bahawa apa yg dikatakan katak itu sebentar tadi adalah benar. Perutnya telah dibelah, kulitnya telah dibakar dan dia telah dimakan. Maka dia menamatkan hayatnya diperut manusia.

Jadi apa yang saya cuba sampaikan disini ialah, situasi dan perihal yg berlaku pada kedua-dua ekor makhluk diatas adalah salah satu situasi dan keadaan yg acapkali berlaku kepada kita.

Ya, dan crita tadi sebenarnya adalah perumpamaan yg dilakukan oleh para ulama’ ke atas manusia yang telah dikhabarkan kepadanya akan keadaan mereka dimahsyar, balasan neraka, azab neraka, titian sirat namun mereka tepis dan hijabkan khabaran tersebut dengan menggunakan frasa ‘lantak’ dan ‘tidak endah’.

Bila Izrail menjemput, jasad dikambus tanah, maka hijab akhirat akan terbuka special untuk kita. Kita akan nampak manusia yg diseksa dan dibakar atas asbab maksiat. Seperti mana ikan tadi lihat apa yg menimpa dirinya.
Wahai saudara yg dipilih Allah,

Kita hanya ada satu talian hayat sahaja utk hidup dan beribadah kepada Allah, manfaatkanlah peluang tersebut dengan baik. Jangan bazirkan dengan perkara sia-sia terutamanya bab akidah pegangan kita Islam.
Mungkin ada sesetengah golongan daripada kita yg mengunci penetapan fikiran mereka bahawa,

 ‘Aku Islam, kalau masuk neraka pun, aku masuk syurga juga. Sekejap je pun masuk neraka.’

Ketahuilah, ini adalah mentaliti yang salah kerana Allah telah menyuruh ummat manusia untukk khuatir dengan azab Allah.

Buktinya, dalam surah Al Furqan ayat 65 ayat ibadurahman, Allah berfirman,

 وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami. Sesungguhnya azab siksa itu adalah mengertikan.”

Dalam ayat yang lain, ada menceritakan bahawa ada seorang pemuda yg ingin dimasukkan kedalam neraka namun baru sahaja dia berdiri di depan pintu api neraka dan merasakan wap dri dalam api neraka tersebut dia terus mengatakan, Ya Wailana! Ya Allah sesungguhnya aku sekarang berada didalam neraka yg paling bawah!

Mahukah kita ditunda kemasukan kita ke dalam syurga Allah walhal org lain sedang enak menikmati nikmat syurga Allah yg maha superb?
“Ikan oo ikan, nasib kau lah.” hmm, moga kita tergolong dalam golongan org yg berutung dan terselamat dunia akhirat. Semoga mahkota syurga kita peroleh. Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s