Kepentingan Study Group buat Mahasiswa .

Artikel ini ditulis berdasarkan hasil perkongsian seorang model dan penggerak sebuah Study Group yang diberi nama Al Faqeh . (Anda boleh rujuk mereka di ruangan halaman Facebook mereka Study Group Al Faqeh – Mesir) . Model yang dimaksudkan ialah Ustaz Muhammad Izzat Ibrahim , seorang anak muda yang baru sahaja  menamatkan pengajian beliau di Universiti Al Azhar dalam bidang Syariah Islamiah pada tahun ini . Anda juga boleh mengenali beliau dengan lebih lanjut di halaman (Johor Traveller) . Sangat menarik apabila dimaklumkan bahawa beliau pernah menjadi sukarelawan di kem pelarian di Perancis . Apa pendapat anda ? Interesting kan?

Jadi kita teruskan pula untuk melihat idea-idea beliau dalam membina idea study group ini . Mari kita lihat apa kata beliau..
Katanya , sesebuah perjalanan hidup perlu dilakar terlebih dahulu dalam usaha bagi meneruskan survival untuk masa akan datang . Ya , kita tidak ditugaskan untuk melukis . Cukup , melakar dahulu , kerana setiap lakaran ialah gambaran sebenar hasil lukisan . Dimana pun anda belajar , lakarlah tujuan anda semenjak awal kaki itu menjejak mana-mana institusi . Fikir . Mengapa anda datang ? Untuk apa anda datang ? dan kemana anda selepas ini ?

Di Mesir , kami ditawarkan dengan 3J , yang mana setiap akronim J tersebut memberi makna yang besar untuk dihayati . Jami’ (Masjid)  Jaam’iah  (Pengajian) Jam’iyyah (Persatuan) . Bagaimana hidup kita jikalau tanpa masjid dan tanpa ilmu dan bagaimana pula nasib komuniti jikalau kita tidak memasyarakatkan masjid dan ilmu ?

KENAPA PERLU STUDY GROUP?



“Kenapa perlu study group , study sendiri kan boleh..”

Sahabat-sahabat yang dikasihi , ini cuma idea dan sedikit usaha mahasiswa-mahasiswa  yang sungguh-sungguh dalam pengajian mereka . Paling penting sekali kerana mereka rasa hidupnya bukan untuk diri sendiri , tapi hidup juga perlu bantu orang lain . Kalau taknak join , its okay . Cuma , daripada perkongsian Saudara Izzat ini saya dapat faham … Jikalau kita ada matlamat yang besar , maka kita akan berpeluang duduk semeja berbual mengenai nilai pemulihan dan kedamaian .. dan faham bagaimana hidup berdaya saing .

Selain itu , cabaran kami di Mesir ialah tiada sistem khusus yang mewajibkan mahasiswa ke kuliah .  Ada yang kata “Alhamdulillah ..” tepuk dada lega kerana markah kehadiran tidak diambil ( kadang-kadang saya ,,hehe ) tapi ada sebahagian mereka yang merasakan bahawa mereka perlu membina sistem mereka sendiri . Kata senior kira-kira 80% menyalahkan sistem dan hanya 20% yang sedar diri atas kegagalan mereka sendiri . Bagaimana?  Ah , yes . Orang kata kita kena ubah mindset . Akhirnya , mereka menubuhkan study group mereka sendiri .

Tambahan , kita juga akan mempunyai rasa tanggungjawab untuk menghadirkan diri ke kelas . Kerana apa? Hal ini kerana kita terpaksa ( kerana terpaksa aku relakan …~~) ke kelas untuk cuba memahami apa yang patut kita kongsi di dalam study group kita . Sebenarnya bukan terpaksa , ia lebih kepada istilah tanggungjawab . Anda tanggung didunia , jawab diakhirat . Sentap tak ? dan perlu kita ketahui bahawasanya kefahaman kita mungkin tidak sama dengan sahabat kita . Jadi , kita mampu memurnikan permasalahan ini di dalam satu kumpulan tanpa ada apa-apa keraguan dan sangsi . Kan?

Lebih-lebih lagi bila menyedari bahawa pengetahuan kita tentang satu ilmu itu cuma 30% atau 50% sahaja . Begitu juga dengan sahabat kita , mungkin dengan perkongsian ini mampu menjana penambahan peratusan terhadap pemahaman suatu ilmu . Berkongsilah . Cubalah untuk tidak menyerahkan diri kepada sistem yang sedia ada , kalau kita tidak mahu melihat cerminan kita yang disebelah sana buruk .

Akhirnya , kita akan jumpa sahabat-sahabat yang selari pemikirannya dengan apa yang kita fikirkan . Ini juga menjadi salah satu medium untuk membezakan rakan dan sahabat .
Sebagai kesimpulannya , …

KITA NAK CIPTA EVOLUSI .


Kita nak cipta Evolusi , bukan Revolusi .

Kita selalu bercita-cita untuk suatu perkara yang besar .
“Saya nak jadi doktor!”

“Saya bercita-cita nak jadi Engineer..”

“Saya nak jadi macam-macam!!..errkk..”
Sedangkan perkara sekecil-kecil sampah yang hanya perlu kita masukkan kedalam tong pun kita abaikan . Kita suka mengubah sesuatu secara besar-besaran (revolusi) . Akan , tetapi sekecil-kecil perkara pertama yang kita lihat pun tak mampu nak diselesaikan . Hanya melihatnya untuk diberi peranan kepada orang lain .
Katanya , beliau tidak meminta mahasiswa yang lain untuk mewarisi apa yang kami bina (Al Faqeh) . Cukuplah berharap agar mahasiswa mewarisi idea ini .
Kami daripada team The WordPress Dashboard mengucapkan tahniah kepada saudara Izzat Ibrahim dan para krewnya atas keberhasilan mereka dalam mengemukakan idea Study Group ini . Harapannya agar beliau dan #team sentiasa sukses dalam segala hal dan selamat pulang berkhidmat di Malaysia . Sekian .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s