Cerpen : Ahlan Wa Sahlan Hijrah (Part 2)

16 Mac 2011

 

“Aku nak berubah.”

“Eh. Hmmm. Aku mimpi ke ni?” Thoriq menepuk mukanya berulang kali. Dalam hati kecilnya, dia percaya dengan sahabatnya itu. Cuma, dia mahu menguji.

“Tak. Kau dah bangun lama dah. Aku serius nak berubah ni.” Mustaqim bernada serius.

“Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab mak cik hidayah dah ketuk hati kau”

“Eh, mak cik hidayah ? siapa ni ? kau ni. Tiba-tiba mak mak cik hidayah pulak!”

“Hidayah lah sahabat ! aku berkias je tadi. Hidayah Allah dah ketuk pintu hati kau.”

“Boleh kau tolong aku bagi mak cik hidayah ni masuk dan jadi penghuni tetap hati aku?”

“Sebagai saudara seagama itu tanggungjawab aku. Sebagai seorang sahabat semestinya aku Bantu sehingga di saat akhir nafasku. “Sayonara Jahiliah ! Ahlan wa Sahlan Hijrah ! ”

“cehh ayat. Haha. Syukran sahabat. Kau memang besttt ! yeahh !”

  2 September 2011
Sebaris kerusi di hadapan wad 303 Hospital Tunku Ampuan Afzan dipenuhi dengan sanak saudara dan kaum kerabat. Kelihatan Hajah Puan Norain, ibu kepada Abdul Rahman, mundar mandir di hadapan pintu masuk wad.
     Di suatu ruang lain dalam tempat yang sama, kelihatan seorang pemuda begitu khusyuk mengadu dan merintih kepada Rabbnya. Dia berdoa dan memohon kepada tuhannya dalam syahdu. Begitu khusyuk. Hanya dia dan Penciptanya.
      “Ya Allah, hamba memohon kepadamu, permudahkanlah urusan sahabat hamba. Ringankan penderitaannya, hapuskan dosanya ya Allah. Jika bertemu dengan-Mu adalah yang terbaik buatnya, hamba Redha ya Allah. Hamba tidak sanggup melihatnya menderita. Namun, hamba tidak pula sanggup menerima ketiadaannya di sisi hamba. Maka, Engkau kuatkanlah hati hamba dalam menerima segala ketentuan-Mu. Hamba bertawakkal kepada-Mu ya Rabb.”

Kemudian doanya diakhiri dengan selawat.

31 Ogos 2011

 

“Mus, penghijarahan kau ni kau kena kekalkan tau. Walaupun aku dah tak ada di sisi kau.” Thoriq bersuara sambil melakukan beberapa renggangan badan setelah penat bejoging.

“Insya-Allah. Aku berubah ni semua kerana Allah. Aku akan pastikan ia kekal. Dengan izin Allah.”
“Alhamdulillah. Aku percaya kau boleh jadi da’ie moden. Berdakwah menegakkan panji-panji islam. Menyeru ummah yang semakin merisaukan. Tapi satu aku nak pesan.”

“kau ni. Kenapa lain macam je ? hmm. Apa dia ?”

“Mmm, jangan sesekali berasa riak. Segala amal kita boleh terhapus dengan adanya riak. Jangan putus asa. Jangan sesekali. Kau kena kuat walaupun dapat tohmahan keji ketika berdakwah. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai model untuk kau menyebarkan dakwah. Boleh ?”
“Insya-Allah. Aku semat kata-kata kau dalam hati aku sahabat. Rasulullah telah aku jadikan idola aku. Semoga kita sama-sama dapat mencontohi baginda dan ditetapkan hati untuk berada di lebuh raya dakwah ini.”

“Mungkin kebersamaan kita tak lama. Insya-Allah.” Thoriq terus meneruskan larian. Manakala, Mustaqim masih terkial-kial menafsir maksud di atas kata-kata sahabatnya itu. Dia berasa bingung dan aneh. Akhirnya, dia meneruskan larian.

1 September 2011

 Kringg kringg kringgg.

“Abanggggg, angkat telefon tu. Mungkin nenek.” Puan Sumaiyyah menjerit dari dapur.
“Iya ummi !” Laung Mustaqim. Dia berhenti bermain dengan adik bongsunya yang baru berumur 3 tahun. Segera dia berlari mendapatkan panggilan.
“Allah. Lambat. Hmm tunggu kejap. Jap lagi mesti dia call balik.” Mustaqim berdiri di samping telefon.
Kringggg krii…….

“Assalamualikum. Nak bercakap dengan siapa ?”

“Wa’alaikumussalam w.b.t. Hmm… Ini Mustaqim ke ?” Suara lelaki tua yang seolah dikenali menyapa ke telinga. Suara itu seolah menahan sedu-sedan tangisan.

“Iya saya. Hmm, ini Pak cik Ra’is ya ?” Mustaqim menjawab teragak-agak.

“Ya ni pak cik nak. Mus, boleh tak Mus datang ke Hospital Tunku Ampuan Afzan dengan keluarga sekarang ?” Terdengar begitu sebak sekali suara tua itu.

“Insya-Allah boleh pak cik. Mus lapang sekarang ni. Tapi pak cik, siapa yang sakit ya ?” Walaupun berat, Mus tetap mahu bertanya.

“Hmm.. Thoriq. Dia sedang nazak sekarang. Dia mohon pak cik telefon kamu. Dia nak jumpa kamu buat kali terakhir katanya..” Ternyata semakin syahdu suara tersebut. Mustaqin mendengar esakan yang kuat.

Dada Mustaqim berdebar semakin kuat. Lutut dan tangannya menggigil, air mata mengalir deras tanpa sebarang isyarat. Terus mengalir tanpa diminta. Mujurlah telefon masih ditekap pada telinganya.
“Mus, Mus, Mus, pak cik faham perasaan Mus. Pak cik mohon maaf tak beritahu Mus dari awal. Ini semua atas permintaan Thoriq. Pak cik harap Mus datang ya. Thoriq berharap sangat. Kabulkan permintaanya, mungkin ini permintaan terakhir Thoriq pada kita.

Tuttt tutt tutt. Talian diputuskan. Mustaqim segera berlari mendapatkan kunci kereta.

2 September 2011

 

“Ummi, Abi, mana Mus ? baru tadi Mus suapkan abang air.” Thoriq bersuara lemah. Segala alat bantuan pernafasan telah di cabut. Hal ini kerana mereka tahu bahawa peluang Thoriq untuk hidup seperti biasa amatlah tipis. Mereka tahu Thoriq akan dijemput Ilahi.

“Mus di surau nak, mesti dia tengah doakan Thoriq sekarang. Sekejap lagi dia datang lah tu.” Puan Norain memujuk dengan tabah.

Kriukkkkkk krukkk

Bunyi pintu memecah kesunyian sebentar tadi. Terlihat jelas di mata Thoriq sesusuk tubuh yang amat di sayanginya. Mustaqim. Sahabat yang akan dia tunggu di syurga.

“Mus, terima kasih.”

“Eh, terima kasih untuk apa ni ? aku baru je masuk, kau dah cakap terima kasih. Haha..”
“Hmm. Terima kasih sebab kau sudi jadi sahabat aku.”
“Alhamdulillah. Sama-sama. Tapi, aku sebenarnya yang patut berterima kasih dekat kau. Kau banyak tolong aku. Kau tolong aku keluar dari zaman jahiliah. Kau ajar aku erti hijrah dan kau bombing aku ke arahnya. Kau sahabat sejati aku Thoriq.” Sebak di dada hadir kembali.
“Mus, kau sahabat aku dunia akhirat. Aku tunggu kau kat syurga. Kau kena sediakan bekal banyak-banyak dekat dunia ni untuk jumpa aku kat sana tau.” Terpancar sinar dari muka Thoriq meskipun dia dalam keadaan lemah tak bermaya. Mungkin itu fadilat atas al-quran yang dihafalnya. Wallahu’alam.
“Insya-Allah Thoriq. Insya-Allah. Hmm, Insya-Allah. Kau kena tunggu aku tau. Aku mesti datang. Kat sana, kita dah tak perlu berpisah dah. Biar ukhwah kita kekal ke jannah.” Mustaqim menjawab tersekat-sekat sambil diiringi linangan air mata sehingga terkena pada wajah Thoriq. Thoriq kemudiannya menghapus lembut airmatanya.
Thoriq menggenggam erat tangan Mustaqim. Diselitkan dalam tangan Mustaqim sebuku kecil penemannya sepanjang hidupnya.

“Kau jaga ma’thurat ni elok-elok ya Mus. Amalkannya. Biarlah ia menjadi pengganti aku. Jadikan ia sahabat baik kau. Ini amanah sepanjang hidup kau tau. Janji dengan aku ?”

“Aku janji thoriq. Terima kasih.” Mus tersenyum. Thoriq membalas senyuman tersebut.

Seterusnya, Thoriq meminta untuk berjumpa dengan seluruh keluarganya. Terutama, kedua ibu bapanya. Mustaqim segera mendapatkan mereka.

“Sila tunggu di luar sebentar ya. Kami akan menjalankan tugas. Serahkan pada kami namun, jangan berhenti berdoa kepada Allah. Tawakkallah kepada-Nya. Hanya dia penentu segalanya.” Doktor Imran bersuara.
Para jururawat menutup pintu dan segera mengambil tempat di sisi doktor bagi membantu. Mustaqim mengintai di celah cermin kecil pada hadapan pintu wad. Dia menekup muka. Sungguh seksa sahabatnya sekarang.

     “Ya Allah. Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Aku redha jika Engkau ingin mengambilnya sekarang. Ambillah Thoriq secepat yang mungkin ya Allah. Aku tidak sanggup melihat dia menderita sebegitu. Sudah cukup lama dia menderita. Aku redha ya Rahman.”

Dia baru sahaja tahu bahawa Thoriq menghidap barah harti. Sungguh dia tidak menyangka Thoria yang periang dan lasak ketika bergaul dengannya menghidap penyakit yang kronik. Pak cik Ra’is memberitahu, Thoriq memang sengaja merahsiakan ini semua. Dia tidak mahukan simpati dari orang sekeliling.

Setelah hampir satu jam, doktor keluar dari wad kecemasan.

“Saya harap keluarga Thoriq terima ketentuan Allah ini. Saya harap awak semua dapat menerima bahawa ternyata Allah lebih menyayangi Thoriq berbanding kita. Semo,,,,”

“Allahu akbar ! Thoriq, anak ummi ! Thoriqqqq !” Puan Norain bagai hilang arah.

“sabar ain, jangan meratap. Terseksa arwah kat sana. Ain tahu kan apa hukum meratap di atas kematian. Mengucap. Istighfar. Redha. Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Kita kena ikhlas. Thoriq hanya pinjaman untuk kita. Dia milik Allah. Kita kena terima.”

Hj Rai’s memujuk. Terlihat tenang sekali pemimpin keluarga itu. Begitu redha dengan segala ketentuan Penciptanya. Di satu sudut yang lain, Mustaqim terduduk. Air matanya bercucuran laju. Namun, dia redha.

Mayat arwah Thoriq terlihat begitu tenang sekali mukanya. Seolah-olah ada ‘nur’ yang terpancar dari muka arwah. Seperti dia sedang tidur dan akan bangun kembali. Namun, itu hanya harapan kami yang pasti ia tidak akan terjadi.

Semua orang yang melihat muka arwah kembali tenang. Tidak ada sudah mereka yang meraung, meratap dan menangis tanpa arah. Termasuklah Mustaqim. Dia kini redha dengan sepenuh hati dan perasaan rindunya membuak-buak untuk berjumpa dengan Thoriq kembali. Di sana. Dia tersenyum sehinggalah muka arwah ditutup dengan seputih-putih kain.

2 Februari 2012

 

“Mustaqim, mari. Flight pukul 2. Elok rasanya kita bergerak ke lapangan sekarang.” Murabbi Azmi mengajak.

“Baiklah. Mari.” Mustaqim tersenyum sambil bangun dari kerusi. Kerusi di sebuah tasik kegemaran arwah sahabat baiknya.

Dia kini telahpun memperoleh keputusan yang amat cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dia bersama akhi Azim bersama-sama melanjutkan pelajaran ke Jordan bagi mengambil jurusan kedoktoran di salah sebuah universiti di sana. Andai Thoriq masih ada, pasti mereka bertiga bersama-sama ke sana sekarang…

-TAMAT-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s