Cerpen : Ahlan Wa Sahlan Hijrah (Part 2)

16 Mac 2011

 

“Aku nak berubah.”

“Eh. Hmmm. Aku mimpi ke ni?” Thoriq menepuk mukanya berulang kali. Dalam hati kecilnya, dia percaya dengan sahabatnya itu. Cuma, dia mahu menguji.

“Tak. Kau dah bangun lama dah. Aku serius nak berubah ni.” Mustaqim bernada serius.

“Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab mak cik hidayah dah ketuk hati kau”

“Eh, mak cik hidayah ? siapa ni ? kau ni. Tiba-tiba mak mak cik hidayah pulak!”

“Hidayah lah sahabat ! aku berkias je tadi. Hidayah Allah dah ketuk pintu hati kau.”

“Boleh kau tolong aku bagi mak cik hidayah ni masuk dan jadi penghuni tetap hati aku?”

“Sebagai saudara seagama itu tanggungjawab aku. Sebagai seorang sahabat semestinya aku Bantu sehingga di saat akhir nafasku. “Sayonara Jahiliah ! Ahlan wa Sahlan Hijrah ! ”

“cehh ayat. Haha. Syukran sahabat. Kau memang besttt ! yeahh !”

  2 September 2011
Sebaris kerusi di hadapan wad 303 Hospital Tunku Ampuan Afzan dipenuhi dengan sanak saudara dan kaum kerabat. Kelihatan Hajah Puan Norain, ibu kepada Abdul Rahman, mundar mandir di hadapan pintu masuk wad.
     Di suatu ruang lain dalam tempat yang sama, kelihatan seorang pemuda begitu khusyuk mengadu dan merintih kepada Rabbnya. Dia berdoa dan memohon kepada tuhannya dalam syahdu. Begitu khusyuk. Hanya dia dan Penciptanya.
      “Ya Allah, hamba memohon kepadamu, permudahkanlah urusan sahabat hamba. Ringankan penderitaannya, hapuskan dosanya ya Allah. Jika bertemu dengan-Mu adalah yang terbaik buatnya, hamba Redha ya Allah. Hamba tidak sanggup melihatnya menderita. Namun, hamba tidak pula sanggup menerima ketiadaannya di sisi hamba. Maka, Engkau kuatkanlah hati hamba dalam menerima segala ketentuan-Mu. Hamba bertawakkal kepada-Mu ya Rabb.”

Kemudian doanya diakhiri dengan selawat.

31 Ogos 2011

 

“Mus, penghijarahan kau ni kau kena kekalkan tau. Walaupun aku dah tak ada di sisi kau.” Thoriq bersuara sambil melakukan beberapa renggangan badan setelah penat bejoging.

“Insya-Allah. Aku berubah ni semua kerana Allah. Aku akan pastikan ia kekal. Dengan izin Allah.”
“Alhamdulillah. Aku percaya kau boleh jadi da’ie moden. Berdakwah menegakkan panji-panji islam. Menyeru ummah yang semakin merisaukan. Tapi satu aku nak pesan.”

“kau ni. Kenapa lain macam je ? hmm. Apa dia ?”

“Mmm, jangan sesekali berasa riak. Segala amal kita boleh terhapus dengan adanya riak. Jangan putus asa. Jangan sesekali. Kau kena kuat walaupun dapat tohmahan keji ketika berdakwah. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai model untuk kau menyebarkan dakwah. Boleh ?”
“Insya-Allah. Aku semat kata-kata kau dalam hati aku sahabat. Rasulullah telah aku jadikan idola aku. Semoga kita sama-sama dapat mencontohi baginda dan ditetapkan hati untuk berada di lebuh raya dakwah ini.”

“Mungkin kebersamaan kita tak lama. Insya-Allah.” Thoriq terus meneruskan larian. Manakala, Mustaqim masih terkial-kial menafsir maksud di atas kata-kata sahabatnya itu. Dia berasa bingung dan aneh. Akhirnya, dia meneruskan larian.

1 September 2011

 Kringg kringg kringgg.

“Abanggggg, angkat telefon tu. Mungkin nenek.” Puan Sumaiyyah menjerit dari dapur.
“Iya ummi !” Laung Mustaqim. Dia berhenti bermain dengan adik bongsunya yang baru berumur 3 tahun. Segera dia berlari mendapatkan panggilan.
“Allah. Lambat. Hmm tunggu kejap. Jap lagi mesti dia call balik.” Mustaqim berdiri di samping telefon.
Kringggg krii…….

“Assalamualikum. Nak bercakap dengan siapa ?”

“Wa’alaikumussalam w.b.t. Hmm… Ini Mustaqim ke ?” Suara lelaki tua yang seolah dikenali menyapa ke telinga. Suara itu seolah menahan sedu-sedan tangisan.

“Iya saya. Hmm, ini Pak cik Ra’is ya ?” Mustaqim menjawab teragak-agak.

“Ya ni pak cik nak. Mus, boleh tak Mus datang ke Hospital Tunku Ampuan Afzan dengan keluarga sekarang ?” Terdengar begitu sebak sekali suara tua itu.

“Insya-Allah boleh pak cik. Mus lapang sekarang ni. Tapi pak cik, siapa yang sakit ya ?” Walaupun berat, Mus tetap mahu bertanya.

“Hmm.. Thoriq. Dia sedang nazak sekarang. Dia mohon pak cik telefon kamu. Dia nak jumpa kamu buat kali terakhir katanya..” Ternyata semakin syahdu suara tersebut. Mustaqin mendengar esakan yang kuat.

Dada Mustaqim berdebar semakin kuat. Lutut dan tangannya menggigil, air mata mengalir deras tanpa sebarang isyarat. Terus mengalir tanpa diminta. Mujurlah telefon masih ditekap pada telinganya.
“Mus, Mus, Mus, pak cik faham perasaan Mus. Pak cik mohon maaf tak beritahu Mus dari awal. Ini semua atas permintaan Thoriq. Pak cik harap Mus datang ya. Thoriq berharap sangat. Kabulkan permintaanya, mungkin ini permintaan terakhir Thoriq pada kita.

Tuttt tutt tutt. Talian diputuskan. Mustaqim segera berlari mendapatkan kunci kereta.

2 September 2011

 

“Ummi, Abi, mana Mus ? baru tadi Mus suapkan abang air.” Thoriq bersuara lemah. Segala alat bantuan pernafasan telah di cabut. Hal ini kerana mereka tahu bahawa peluang Thoriq untuk hidup seperti biasa amatlah tipis. Mereka tahu Thoriq akan dijemput Ilahi.

“Mus di surau nak, mesti dia tengah doakan Thoriq sekarang. Sekejap lagi dia datang lah tu.” Puan Norain memujuk dengan tabah.

Kriukkkkkk krukkk

Bunyi pintu memecah kesunyian sebentar tadi. Terlihat jelas di mata Thoriq sesusuk tubuh yang amat di sayanginya. Mustaqim. Sahabat yang akan dia tunggu di syurga.

“Mus, terima kasih.”

“Eh, terima kasih untuk apa ni ? aku baru je masuk, kau dah cakap terima kasih. Haha..”
“Hmm. Terima kasih sebab kau sudi jadi sahabat aku.”
“Alhamdulillah. Sama-sama. Tapi, aku sebenarnya yang patut berterima kasih dekat kau. Kau banyak tolong aku. Kau tolong aku keluar dari zaman jahiliah. Kau ajar aku erti hijrah dan kau bombing aku ke arahnya. Kau sahabat sejati aku Thoriq.” Sebak di dada hadir kembali.
“Mus, kau sahabat aku dunia akhirat. Aku tunggu kau kat syurga. Kau kena sediakan bekal banyak-banyak dekat dunia ni untuk jumpa aku kat sana tau.” Terpancar sinar dari muka Thoriq meskipun dia dalam keadaan lemah tak bermaya. Mungkin itu fadilat atas al-quran yang dihafalnya. Wallahu’alam.
“Insya-Allah Thoriq. Insya-Allah. Hmm, Insya-Allah. Kau kena tunggu aku tau. Aku mesti datang. Kat sana, kita dah tak perlu berpisah dah. Biar ukhwah kita kekal ke jannah.” Mustaqim menjawab tersekat-sekat sambil diiringi linangan air mata sehingga terkena pada wajah Thoriq. Thoriq kemudiannya menghapus lembut airmatanya.
Thoriq menggenggam erat tangan Mustaqim. Diselitkan dalam tangan Mustaqim sebuku kecil penemannya sepanjang hidupnya.

“Kau jaga ma’thurat ni elok-elok ya Mus. Amalkannya. Biarlah ia menjadi pengganti aku. Jadikan ia sahabat baik kau. Ini amanah sepanjang hidup kau tau. Janji dengan aku ?”

“Aku janji thoriq. Terima kasih.” Mus tersenyum. Thoriq membalas senyuman tersebut.

Seterusnya, Thoriq meminta untuk berjumpa dengan seluruh keluarganya. Terutama, kedua ibu bapanya. Mustaqim segera mendapatkan mereka.

“Sila tunggu di luar sebentar ya. Kami akan menjalankan tugas. Serahkan pada kami namun, jangan berhenti berdoa kepada Allah. Tawakkallah kepada-Nya. Hanya dia penentu segalanya.” Doktor Imran bersuara.
Para jururawat menutup pintu dan segera mengambil tempat di sisi doktor bagi membantu. Mustaqim mengintai di celah cermin kecil pada hadapan pintu wad. Dia menekup muka. Sungguh seksa sahabatnya sekarang.

     “Ya Allah. Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Aku redha jika Engkau ingin mengambilnya sekarang. Ambillah Thoriq secepat yang mungkin ya Allah. Aku tidak sanggup melihat dia menderita sebegitu. Sudah cukup lama dia menderita. Aku redha ya Rahman.”

Dia baru sahaja tahu bahawa Thoriq menghidap barah harti. Sungguh dia tidak menyangka Thoria yang periang dan lasak ketika bergaul dengannya menghidap penyakit yang kronik. Pak cik Ra’is memberitahu, Thoriq memang sengaja merahsiakan ini semua. Dia tidak mahukan simpati dari orang sekeliling.

Setelah hampir satu jam, doktor keluar dari wad kecemasan.

“Saya harap keluarga Thoriq terima ketentuan Allah ini. Saya harap awak semua dapat menerima bahawa ternyata Allah lebih menyayangi Thoriq berbanding kita. Semo,,,,”

“Allahu akbar ! Thoriq, anak ummi ! Thoriqqqq !” Puan Norain bagai hilang arah.

“sabar ain, jangan meratap. Terseksa arwah kat sana. Ain tahu kan apa hukum meratap di atas kematian. Mengucap. Istighfar. Redha. Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Kita kena ikhlas. Thoriq hanya pinjaman untuk kita. Dia milik Allah. Kita kena terima.”

Hj Rai’s memujuk. Terlihat tenang sekali pemimpin keluarga itu. Begitu redha dengan segala ketentuan Penciptanya. Di satu sudut yang lain, Mustaqim terduduk. Air matanya bercucuran laju. Namun, dia redha.

Mayat arwah Thoriq terlihat begitu tenang sekali mukanya. Seolah-olah ada ‘nur’ yang terpancar dari muka arwah. Seperti dia sedang tidur dan akan bangun kembali. Namun, itu hanya harapan kami yang pasti ia tidak akan terjadi.

Semua orang yang melihat muka arwah kembali tenang. Tidak ada sudah mereka yang meraung, meratap dan menangis tanpa arah. Termasuklah Mustaqim. Dia kini redha dengan sepenuh hati dan perasaan rindunya membuak-buak untuk berjumpa dengan Thoriq kembali. Di sana. Dia tersenyum sehinggalah muka arwah ditutup dengan seputih-putih kain.

2 Februari 2012

 

“Mustaqim, mari. Flight pukul 2. Elok rasanya kita bergerak ke lapangan sekarang.” Murabbi Azmi mengajak.

“Baiklah. Mari.” Mustaqim tersenyum sambil bangun dari kerusi. Kerusi di sebuah tasik kegemaran arwah sahabat baiknya.

Dia kini telahpun memperoleh keputusan yang amat cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dia bersama akhi Azim bersama-sama melanjutkan pelajaran ke Jordan bagi mengambil jurusan kedoktoran di salah sebuah universiti di sana. Andai Thoriq masih ada, pasti mereka bertiga bersama-sama ke sana sekarang…

-TAMAT-

Cerpen : Ahlan Wa Sahlan Hijrah (Part 1)

Penulisan cerpen ini ialah hasil nukilan salah seorang admin di website lama ini . Saya kira penulisan ini perlu diketengahkan ke dalam website ini atas dasar nilai penulisan ini sendiri . Siapa yang ingin karya yang sangat baik ini dilupakan?

dan untuk pengetahuan , hanya ini sahaja softcopy yang tinggal .
Selamat Membaca .

Kredit : Wan Aira Atika

Bismillahirrahmanirrahim…

“…Insaflah wahai SAYA bin IBU SAYA,bahawasanya mati itu adalah benar,

Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar,

Bangun dari kubur dan dihidupkan semula adalah benar,

Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,

Minum di kolam air Kautsar adalah benar,

Syurga dan Neraka adalah benar,

Bahawasanya hari kiamat tetap akan tiba juga,

Begitu juga Tuhan yang Maha Kuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang berada di dalam kubur.

Diakhirnya,kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala…”

 

Tatkala bait-bait akhir talqin dibacakan,maka gugurlah air mata Muhammad Mustaqim bin Abdul Rahman.Dengan dada yang berombak,tidak dapat Mustaqim hayati bait-bait seterusnya akibat emosi yang amat berkecamuk ketika itu.Akhirnya,Mustaqim rebah di atas riba ibunya.

***********************************************************************

7 Januari 2011

“Eh Mus..Hari ini ada budak baru masuk..kau tahu tak?” ujar Jal.

“Ada kena mengena dengan aku ke dia masuk atau keluar?” Mus menjawab.

“Aduh kau ni.Manalah tahu satu kepala dengan kita.Boleh jadi ‘geng’.” Jal mencebik.

“Apa-apa je lah kau ni Jal.Malas aku nak layan!.” Mus melangkah malas keluar dari kelas.

“Hoi Mus! Kau nak pergi mana? Waktu rehat pun belum tiba lagi!” Rijal melaung.

semua pelajar tingkatan Lima As-Siddiq menoleh ke arah Rijal akibat terkejut akan laungannya sebentar tadi.

“Macam biasalah…” Mustaqim mengangkat tangan sambil meneruskan langkahnya.Rijal mengangguk tanda faham mengekori langkah Mustaqim.

Dia benar-benar memahami.

***********************************************************************

14 Januari 2011

“Kenapa kau suka lepak sini waktu subjek kimia?kau tak rasa rugi ke?.Tambahan kita kan nak SPM tahun ini.” Thoriq menggunakan kata ganti nama ‘aku’ dan ‘kau’.Dia akur menerima syrat yang dikemukakan oleh Mus untuk berkawan dengannya.Dia ingin memimpin Mustaqim ke jalan yang seindah namanya,’Mustaqim’.Ikhlas dari lubuk hatinya.

“Aku bukan duduk jauh-jauh pun.Tepat-tepat belakang kelas kita.Aku dengar apa yang cikgu cakap.Tak rugi pun.” Mus menjeling.

“Kau cakap tak rugi? Tak tengok muka cikgu kau cakap tak rugi? Kau tahu tak betapa berkatnya pandang muka guru semasa mereka mengajar.” jelas Thoriq.

“Kau nak ceramah aku ke apa ni?” Mus mencebik.

“Agak-agak aku boleh jadi penganti UAI tak?” segera Thoriq mencari jalan untuk mendamaikan keadaan.

“Hehe.Boleh tahanlah.” Mus akur.

Tanpa disedari,hakikatnya benih keinsafan sudah mula bercambah di hati Mus.Mereka bertambah akrab.Mustaqim lebih senang bergaul dengan Thoriq meskipun mereka tidak searah dan sesifat..

***********************************************************************

7 Januari 2011

*Krinngggg*

Loceng berdering menandakan tanatnya waktu rehat bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Jaafar.Para pelajar sibuk memepercepat langkah menuju ke kelas masing-masing bagi memastikan kehadiran mereka di kelas lebih awal berbanding guru mata pelajaran selanjutnya selepas rehat.

Lain pula situasinya dengan dua orang pelajar ini.Mustaqim dan Rijal mengambil langkah yang begitu cermat dan teratur untuk kembali ke kelas,atau lebih jelas lagi,’santai’.Mereka bernasib baik kerana Puan Rosnah tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.

“Hoi,siapa punya beg ni?!” Mustaqim bersuara lantang sambil mengangkat beg sandang berwarna merah di atas kerusi sebelah tempat duduknya.

“Bertenang Mus.Itu beg budak baru kat kelas kita.Kau dah sedia maklum kan?” selaku ketua kelas,Adam Cuma untuk menjernihkan keadaan.

“Itu aku tau,tapi kenapa mesti duduk sebelah aku?” Mus membalas.

“Tempat ni je kosong.Puan Misnah yang arahkan dia duduk di sini.Kau patut faham dengan keadaan sekarang ni Mus.Kau tak boleh pentingkan diri sendiri.Takkanlah kita nak biar budak baru tu duduk bersila kat lantai pulak?” Adam membalas matang.

“Baiklah.Dalam sebulan dua ni aku terima.Sebulan saja tau.Tak lebih dan tak kurang.” Kata Mus tegas.Dia kemudiannya mengambil langkah keluar dari kelas.

***********************************************************************

Malam itu Mustaqim menghabiskan masa malamnya bersama rakan-rakan motornya.Mustaqim lebih gemar bergaul dengan remaja yang lebih berumur darinya.Dia menganggap persahabatan lebih bererti dengan banyaknya masa yang dihabiskan untuk berseronok bersama.Hingga dia terlupa akan batas-batas syariat yang perlu dijaga untuk menikmati sebuah keseronokan dalam persahabatan.

***********************************************************************

7 Januari 2011

“Kenapa kau ikut aku?” Mus menoleh ke belakang.Dia menduga ada langkah yang mengekorinya.Ternyata benar kata hatinya.Dia tidak selesa.

“Maaflah,saya tak tahu nak ke mana.Saya masih belum arif akan selok belok sekolah ini.” Thoriq menjawab sopan.

“Kau tak payah buat muka kesianlah.Macamlah takde orang lain yang kau nak jadikan ikutan.” Mus membalas.

“Saya lebih selesa dengan kamu.Saya selesa duduk dengan kamu kat kelas.Jadi saya ekori kamu lah.”

“Kau tak bosan ke asyik menghadap muka aku je separuh hari ini? Aku pun dah naik bosan menghadap muka engkau.” Mus mencari jalan untuk menghindarinya.

“Tak..sama sekali tak.Saya bersyukur dikurniakan sahabat seperti kamu.Walaupun kita tak rapat dan kamu tak layan saya pun sepanjang sesi pembelajaran tadi,saya tetap bersyukur kamu dapat terima saya.” Jawab Thoriq lembut.

“Dengan cara aku,kau kata aku terima kau?!” Mus kembali melenting.

“Sebenarnya,cukup dengan keizinan kamu memberikan saya izin untuk duduk di sebelah kamu buat saya rasa macam tu.” Thoriq seorang yang berperwatakan sopan serta sentiasa berfikiran positif.Dia sentiasa menerima denga reda segala ketentuan dan takdir yang sudah ditetapkan oleh-Nya buatnya.

Mustaqim terus berlalu pergi.Mungkin dari pandangan zahirnya kelihatan seolah-olah dia langsung tidak terusik dengan kata-kata Thoriq.Namun,sudah takdirnya.Benih yang bercambah menjalani proses seterusnya.Sedikir rasa kagum terselit dalam  hatinya memandang Thoriq.

***********************************************************************

8 Oktober 2011

Mustaqim bersandar di salah satu tiang Masjid Jamek IV Shah Alam.Mathurat Suhgra di genggam erat.Satu persatu kenangan dia bersama Thoriq diimbas laju.Dia menyandarkan dahinya ke atas lututnya.Air mata merembes laju.Tidak tergambar rindu di hati terkenang sahabat sejati yang sudah pergi.

“Tidak aku pinta sebarang simpati.Tidak ada pengganti.Thoriq,andai kau ada di sini.pasti akan kau isi hati yang kosong ini.Aku rindu nasihatmu,gurauanmu,madahmu.Kau sahabat sejati yang tidak lekang mengajakku mengejar reda Ilahi.Mana akan ku temui sahabat seperti ini lagi? Semoga kau bahagia di sana.Pasti kau sedang memerhati sungai-sungai yang mengalir indah di bawah syurga sekarang ini ..” Mustaqim bermonolog.

***********************************************************************

5 Februari 2011

Pada malam itu,Thoriq bersetuju untuk menemani Mustaqim.

“Ha,,dah sampai.Kau turun dulu.Aku nak matikan enjin sekejap.” Arah Mustaqim.

“Betul ke ini tempatnya? Lain macam je aku tengok.” Thoriq memusingkan kepalanya memerhati setiap sudut tempat.

“Iyalah.kenapa? apa yang tak kena? Tu haa,,budak-budak tu  awesome woo!”Mustaqim memucungkan mulutnya kea rah mat-mat motor yang sedang bertenggek sambil menghembus dan menyedut asap-asap rokok.Sungguh,menyesakkan pandangan.

“Err,,aku tak biasalah bergaul dengan orang-orang macam ni.”

“Sebab tu lah aku ajak kau.Aku nak ajar kau biasakan diri .Waktu remaja ni lah waktu  paling sesuai untuk kita nikmati bilai kehidupan.Enjoy life,It’s just once.”jelas Mustaqim.

“Salah tu.Hidup di dunia ni hanya sementara sahaja.Akhirat jualah yang kekal selama-lamanya.Aku pegang kata-kata ni.Aku nak senyum dekat akhirat nanti.Kat syurga sana.kau tak nak join aku ke?” Thoriq memeluk erat bahu sahabatnya sambil tersenyum.

Mustaqim tersentak.

Benih benar-benar sudah bercambah menjadi pucuk yang subur.

***********************************************************************

8 Oktober 2011

“Mustaqim,,Ya Mustaqim..Ya Mustaqim.” Seorang lelaki berumur awal 20-an menepuk-nepuk bahu Mustaqim.

“Eh,Akhi.Dah lama sampai?” Mustaqim menjawab teragak-agak.

“Masya-Allah.Apa yang enta fikirkan? Lebih 3 kali ana tepuk bahu enta.”

Mustaqim hanya tertunduk memandang jauh jubin lantai masjid.

“Mari masuk ke dalam.Rasanya semua ahli usrah dah dating.Hanya kita yang terlambat.”ujar Murabbinya.

Lelaki it uterus mengorak langkahnya memasuki masjid dan diekori oleh Mustaqim.

***********************************************************************

7 Mac 2011

“Kenapa dengan kau hari ni Mus? Hodohlah muka sepuluh sen kau tu,”

Mustaqim hanya tersenyum hambar ibarat kerang busuk.

“Kau tak nak share dengan aku ke Mus? Kita kan kawan.” Thoriq mempamerkan riak muka sedih.Memohon simpati.

Mustaqim tersenyum hambar lagi.

“Eh,,dah kenapa kau ni.stop sengih sekarang!” Thoriq berasa ada ‘sesuatu’.

Papppppp!

Satu tamparan singgah di belakang badan Mustaqim.Tamparan yang mungkin boleh membawa maut bagi pesakit jantung yang kronik.

“Sakitlah wehh!.” Mustaqim membalas dengan satu tumbukan kecil pada dada Thoriq.Hubungan mereka semakin akrab.

“Aduhh..”Thoriq merintih.Dia mengusap dadanya beberapa kali.Sakit.

“Eleh kau,,nak buat drama lah tu.Hurmm,,okaylah,aku takde mood lah.” Mustaqim mengeluarkan sekotak rokok dari seluar jeans yang dipakainya.

Stoplah Mus.kau nak mati cepat ke?” tegas sindiran Thoriq.Kotak rokok dirampas.

“Ok.Kita tengok siapa yang mati dulu.Bagi balik rokok aku.”

“Apa yang kau dapat daripada benda ni?apa yang kau harap lepas dapat hisap benda ni?.” soal Thoriq.

“Aku stress.Aku dapat ketenangan lepas hisap benda ni.Aku dah jawab.Pulangkanlah!.” marah Mus.

“Tak Mus,,itu perasaan kau je.Bisikan syaitan semua tu.

“Mana kau tahu?kau tak pernah hisapkan?kau tak akan tahu.” Persoalan yang cukup membuatkan Thoriq rasa tertembak.

Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah.Ingatlah! sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d 13:28)

“…..Sadakallahul Aziim..” Thoriq membacakan surah tersebut berserta tafsirannya kepada Mustaqim.Thoriq merupakan seorang Al-Hafiz sejak berusia 6 tahun.Namun,dia lebih gemar berahsia akan hal ini.Dia tidak mahu dipandang tinggi.

Sekali lagi pucuk yang bercambah mengeluarkan hasilnya.Bunga-bunga keinsafan sudah  mula mekar.

***********************************************************************

8 Oktober 2011

Di dalam sebuah masjid kelihatan 15 bulatan terbentuk.Ia adalah ‘bulatan gembira’ buat mereka yang benar-benar ingin mengejar rahmat-Nya.

“Mengapa Allah mematikan seseorang itu?”

Mustaqim tersentap.Tidak dia duga Murabbinya bakal mengolah tajuk ini pada hari itu.

“Kerana Allah sayangkan mereka.Itu berdasarkan apa yang orang-orang selalu cakap lah..HEHEh..”Abdul Rahman menjawab.Dia merupakan ahli yang paling muda dalam bulatan usrah tersebut.Umurnya sekitar 15 tahun mungkin.

“Na’am Abdul Rahman.Sudah sampai masanya dia bertemu dengan Penciptanya,kita perlu terima.Tidak kira cepat atau lambat.Terima dengan penuh ikhlas dan redha.Bersedia atau tidak,kita juga akan pergi.Kita akan menyusuli dia.Kita semua bakal jenazah.”Murabbi Azmi mendiamkan diri sebentar.Seakan-akan seperti menahan sesuatu.

“Ustaz,tiba-tiba ana rindukan akhi Thoriq.Bagaimana agaknya keadaannya disana?”Abdul Rahman bersuara lagi membuatkan semua ahli tertunduk.

“Allahu..Abdul Rahman,ana pun rindu sangat dengan arwah.Wallahua’lam.Itu semua urusan Allah Taala.Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Ana rindu akan  nasihat-nasihat dan untaian kata-kata hikmah arwah.Arwah begitu baik.Sesiapa pun pasti terpikat dengan akhlaknya.”Murabbi Azmi menjawab.

“Amiinn..” semua ahli mengaminkan kata-kata Murabbi mereka.Masing-masing menahan sebak di dada.Lihatlah betapa kuat ikatan ukhuwah yang terjalin diantara mereka.

Dalam bulatan yang sama,seseorang begitu menahan gelora kencang yang berombak di dada akibat nafas yang tidak turun naik kerana menahan sebak di dada.Tidak dapat ditahan,air matanya akhirnya melimpah jua.Ahli-ahli yang lain hanya memandang dengan wajah yang sugul menyelami perasaan yang sedang dirasai ‘dia’.

Murabbi Azmi memeluk tubuh Mustaqim erat sambil berkata,”Semoga kita bertemu dengan Thoriq di Syurga sana.”

……….(bersambung)

Back To Basic (Part 2)

Jauh perjalanan , Luas pemandangan .

Bercerita panjang bukanlah jalan yang terbaik bagi seorang yang cenderung untuk senyap . Jauhnya perjalanan bukannya diukur dengan pita dan pembaris . Bahkan ia diukur dengan pengalaman yang ditimba .

Kata orang bijak pandai ,” Pengalaman merupakan sebaik-sebaik guru ..”

Ini pengalaman saya .

“Love Yourself . Love what you wear ..”

Saya bukanlah empunya wibawa dan kredibiliti , saya akuinya . Saya tidak pandai dalam banyak hal . Sesuatu kelebihan bukan menjadi hak mutlak diri kita . Ia hanya pinjaman daripada Allah swt . Sifat pinjaman ialah ‘bakal dipulangkan apabila tiba waktunya’ . Jadi , sifat sombong bukanlah satu sifat yang sepatutnya kita ‘pakai’ untuk membalut personaliti diri . Tidak patut sama sekali . Pakaian kita sepatutnya terbentuk atas dasar iman dan taqwa .

Bila datang suatu pujian , cuba tundukkan hati . Tanya diri sendiri , “patut ke aku terima pujian atas dosa-dosa aku  yang tersirat ini , yang manusia tak nampak?

Yang mana apabila dikatakan dosa itu , sepatutnya kita kena realize apa yang tersembunyi itu lebih besar . Umpama ketulan aisberg yang terzahir di permukaan , ia hanyalah sebahagian kecil daripada ketulan yang maha besar dibawahnya .

Allah swt itu ArRaheem . Pergilah berdiskusi denganNya diatas hamparan sejadah . Temuilah kasih sayangNya .

“It’s Don’t Befit The Lion to Answer The Dog..”

Kalau ada orang datang mendekat hanya untuk menjatuhkan kita , berdiamlah . Jikalau ada seorang datang membawa kata-kata buruk , maka katakan perkara-perkara yang baik kepadanya . Secara hakikatnya , berilah salam dan berlalu pergi .

Akan datang individu demi individu , kumpulan demi kumpulan yang mana fikrahnya ada dua . Sama ada pro-kita ataupun kontra-kita . Siapa kita untuk manusia pro dan kontrakan ? Ya , jawapannya kita hanyalah manusia . Terkadang tekaan kita betul , terkadang pendapat kita menyimpang menurut pandangan orang .

Taknak tulis panjang-panjang . Kalau anda anggap ini artikel , saya cuma nak beritahu bahawasanya ini Confess (baca : luahan) berbentuk nasihat dan inspirasi .

Saya tak kata saya bagus sangat . Cuma saya nak beritahu , sejarah kita terlalu pendek untuk disimpan dan diingati , jikalau nak dibandingkan dengan mereka yang terdahulu .Tapi , ada sesuatu yang akan membuatkan sejarah kita jadi panjang .

Macam mana?

       Buatlah sesuatu perkara yang memberi kesan kepada masyarakat . Sebelum buat tu pilih , sama ada baik , ataupun sebaliknya .Kenapa?

Sebab saya dah beritahu ‘sejarahnya akan jadi panjang’ .

From ,
#TheWordpressDashboard

 

 

Back To Basic (Part 1)

Kembali kepada asal .

Suatu masa dahulu , saya kagum dengan penulisan-penulisan yg memupuk manusia kepada pembentukan jiwa yang sebenarnya , yang mengembalikan kita kepada yang asalnya . Kisahnya bermula apabila ada seorang hamba yang menghadiahkan saya sebuah karya yang bertajuk ‘Batu Bata Kehidupan’ hasil nukilan saudara Hilal Asyraff . Tiada apa yang dapat saya komen (tak layak saya nak komen) melainkan bersyukur kerana dapat melihat Islam dengan lebih luas melalui hanya sekadar PENULISAN . Mulai hari itu , saya ‘bold’ senarai buku-buku Hilal Asyraff dalam senarai duit belanja saya . Saya berazam nak tahu apa itu Islam menurut perspektif yang lebih luas , yang mempunyai nilai signifikan yang tinggi .

Saya ‘tick’ laman langitilahi.com , dan sentiasa update dengan setiap entri  yg menarik .

Hari demi hari , saya dapat kenal sejumlah ramai lagi penulis-penulis yang seangkatan dengan beliau dan antaranya ialah Inche Gabbana (angelpakaigucci.blogspot.com) dan Muharikah (muharikah.com) . Mungkin gaya penulisan mereka agak berbeza , tapi tujuannya masih tetap sama . Sehingga memaksa saya untuk membina blog sendiri hanya untuk mengenali individu ii ini , dengannya saya mampu untuk mengikuti perkembangan Kader ii Dakwah ini . Hasilnya , melalui usaha yg kecil ini , saya mampu merumus sedikit demi sedikit poin-poin yg ingin dibincangkan . Ada yg membincangkan perihal hati , ada yg membincangkan perihal masyarakat dan fe’elnya , perihal masalah sosial , perihal kekeluargaan dan lain-lain .

Namun , saya punyai satu kekurangan . Meskipun saya dapat mengenalpasti topik-topik ini dalam kehidupan saya , akan tetapi malangnya tiada ‘action’ yg mampu dilakukan terhadap diri ini . Mungkin saja saya ini pem’futur’ tegar . Hmmmm ..

Hakikat yg perlu saya hadam ialah , membaca sesuatu yang baik ialah suatu anugerah . Namun , hanya sekadar membaca tanpa apa-apa aksi jelas tidak membuahkan hasil .

Kata Mas Saiful , cita-cita ialah angan-angan yang diusahakan . Ya , cita-cita terinspirasi melalui angan-angan . Tetapi dengan syarat , harus diiringi bersamanya aksi yang baik .  Menjadi katak pekak merupakan satu keuntungan buat mereka yg menuju kejayaan . Namun , jangan dipekakkan nasihat-nasihat yg baik , yang kita kira bernas namun hati dengki untuk menerimanya .

Seorang manusia yg hebat , ialah yang mampu berdiplomasi dengan manusia-manusia yang lain. Berapa ramai manusia yang bijak pandai namun tidak dikurniakan kemampuan untuk duduk semeja berbicang tentang nilai pemulihan . Jikalau begitu , apa makna kepintaran yang mereka kecapi ?

Dan ketahuilah , apabila Allah swt suka kepada hambaNya maka akan dikhabarkan kepada seluruh penghuni langit . Seterusnya akan bertebaran kasih sayang itu kepada penghuni bumi . Dan kerananya , diplomasi dan tolak ansur itu berlaku …